Semangat atau Beban?
Saya masih ingat hari pertama SPM. Mak saya cakap, “Awak harapan terakhir mummy.” Ayat tu bukanlah satu kata semangat, tapi lebih kepada satu beban. Semua adik-beradik saya sebelum ni dah buat silap, dan bila tengok macam mana hati mak hancur, saya tahu saya tak boleh ulang kesilapan yang sama.
Syukur, keputusan SPM saya bagus, dan sekarang saya sedang sambung degree di salah satu daripada tiga universiti teratas. Luaran nampak macam semuanya okay.
Tapi jauh dalam hati, saya rasa sunyi sepanjang masa. Saya bawa ketakutan untuk gagal setiap hari sebab semua orang dah letakkan harapan dan kepercayaan pada saya. Saya tak boleh mengadu atau tunjukkan kelemahan sebab saya tahu mereka akan anggap itu tanda saya nak mengalah.
Comments
Post a Comment