Pertama Kali ke PBAKL

Pengalaman Pertama ke PBAKL


Pertama kali menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), aku menyangka suasananya akan menggembirakan dimana ia bakal dipenuhi semangat ilmu, buku-buku menarik, dan mungkin suasana yang tenang. Tapi hakikatnya jauh berbeza daripada apa yang aku bayangkan.

Sejujurnya, aku tidak begitu menikmati pengalaman itu. Keadaan di sana terlalu sesak dengan lautan manusia dari pelbagai arah. Setiap lorong terasa sempit dan semput. Orang ramai berhimpit-himpit, bergerak perlahan sambil menolak atau berselisih bahu. Panasnya pula menambahkan rasa tidak selesa, walaupun berada dalam bangunan. Udara seakan-akan terperangkap, dan aku hanya mampu bertahan seketika sebelum rasa rimas mula menguasai diri.

Walaupun aku suka membaca dan mencintai buku, suasana seperti itu membuatkan aku sukar untuk menikmati apa-apa. Fokus aku terganggu, langkah terasa berat, dan keinginan untuk terus berada di situ makin lama makin pudar.

Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali lagi, tapi dengan lebih persediaan. Mungkin memilih hari yang kurang sesak, atau datang lebih awal. Tapi buat masa ini, pengalaman pertama itu cukup untuk aku tahu kerana bagi aku,  aku lebih suka mencari buku dalam suasana yang tenang dan teratur.



Comments

Popular posts from this blog

Aku Rasa Kosong

Cuma Pilihan Kedua