Lari dari Realiti

Meluangkan masa di Kuala Lumpur terasa seperti tali hayat buat aku. Untuk pertama kalinya dalam tempoh yang entah berapa lama, aku benar-benar rasa sesuatu semula, iaitu emosi yang sebenar, kerana aku dah terlalu lama letih ,aku lupa macam mana rasanya untuk hidup, untuk rasa.

Aku perlukan itu. Sungguh, aku memang perlukan rasa itu semula. Aku tak nak terus terperangkap dalam kitaran keletihan dan kebas emosi ini. Dan sejujurnya, aku memang perlukan ruang jauh dari UPM, dari orang-orang, dari suasananya… semuanya dah mula menyedut tenaga aku. Setiap hari di sana terasa makin berat, seolah-olah aku perlahan-lahan tenggelam.

Ada juga satu fikiran yang asyik terlekat dalam kepala aku. Aku cuma nak lari darinya walaupun hanya sekejap.

Alhamdulillah, dua hari itu sangat membantu.

Ia mungkin bukan penyelesaian, tapi ia beri aku ruang untuk bernafas. Dan buat masa ini, itu sudah cukup.       


                                                                                               



Comments

Popular posts from this blog

Aku Rasa Kosong

Cuma Pilihan Kedua

Pertama Kali ke PBAKL