Cherating Oh Cherating
Pada 1 May yang lepas, saya membuat keputusan pada saat terakhir untuk pergi ke Cherating bersama sedara saya. Alang-alang saya tiada apa nak buat sepanjang cuti pertengahan sem di Kuantan, apa kata pergi berjalan jauh sikit. Kereta sudah ada, duit juga sudah ada. Jadi saya pun menelefon sedara saya, untuk bersiap-siap ke Cherating.
Seperi yang dikatakan, ianya pelan saat akhir. Jadi, saya cuma cari di tiktok dimana kafe menarik. Jadi saya terjumpa kafe yang menarik perhatian saya iaitu Ombok Cafe. Hanya berbekalkan maklum balas dari ruangam di Tiktok, saya hanya berharap yang kafe tersebut berbaloi dan makanannya sedap.
Selepas 40 min perjalanan dari Bandar Kuantan, akhirnya saya dan sedara saya sampai di Ombok Cafe. Kami masuk di kafe dengan bermulanya layanan yang sangat ramah dari pelayan kafe. Tanpa membuang masa, kami terus memesan 2 cawan matcha latte dan sepinggan spaghetti carbonara. Suasana kafe tersebut amat nyaman sekali, dengan angin sempoi pantai berdekatan, seperti berada di Hawaii !
Sebaik saja habis makan, saya dan sedara pergi ke pantai di belakang kafe. Tiada perkataan yang dapat diungkapkan selain “Allahuakbar”. Begitu indah sekali pantai ciptaan Allah. Sebagai perempuan, sudah pastilah kami mengambil banyak gambar.
Jam telah menunjukkan jam 5, kami perlu pulang segera ke Kuantan sebelum tamatnya waktu asar dan mulanya waktu magrib. Apa yang saya dapat huraikan daripada “percutian” pendek kami, puas hati. Sangatlah puas hati dan amat menyeronokkan. Saya sudah pasti akan datang semula dan bawa orang yang tersayang.
Comments
Post a Comment