Posts

Dihina Sesama Muslim

 Gila. Memang gila cara sesetengah orang layan kami sesama Muslim, hanya kerana aurat kami tak sempurna ditutup. Sebab leher aku nampak sikit. Sebab rambut aku terkeluar sehelai dua. Terus aku dicop sebagai tak cukup baik, kurang iman, perempuan tak tahu malu. Tapi mana suara marah tu bila lelaki tak tutup aurat? Bila seluar mereka atas buku lali? Mana kecaman untuk Muslim yang merokok, buat zina, ada hubungan haram, bela perogol, atau tinggal solat? Tak ada pun. Sunyi. Tapi aku? Aku dihina, dijudge, dipandang rendah setiap masa. Hanya sebab tudung aku tak cukup labuh, atau baju aku tak cukup longgar. Macam aku ni punca keruntuhan akhlak umat, padahal yang lain-lain buat dosa terang-terang tapi tiada siapa kisah. Penat. Penat dengan hipokrasi. Penat dengan standard yang mengarut. Penat bila nilai aku sebagai Muslimah cuma diukur dari inci kain di kepala, sedangkan ada yang bebas berbuat dosa… tapi bebas dari kecaman. Aku tak minta dilayan macam malaikat. Aku cuma minta keadilan. Ke...

Juga Mahu Rasa Dicintai

“Fokus pada pelajaran,” kata mereka. Dan aku patuh. Aku pegang kata-kata itu sekuat yang aku mampu. Seolah-olah pendidikan ialah satu-satunya jalan menuju kebahagiaan.Sejak kecil, itu yang diajar. Belajar rajin-rajin. Kejar cita-cita. Kejar kejayaan. Cinta, perasaan, hubungan…semua itu boleh tunggu. Nanti akan datang juga, kata mereka.  Dan aku percaya. Aku belajar sungguh-sungguh. SPM aku? Cemerlang. Aku capai apa yang orang anggap mustahil. Asasi? Aku tamatkan dengan baik, walaupun penuh tekanan dan air mata yang orang tak nampak. Sekarang? Aku di salah satu universiti terbaik di negara ini. Top 3. Tempat yang ramai orang impikan. Tapi… kenapa aku masih rasa kosong? Setiap pagi aku bangun, lakukan rutin seperti biasa.  Kelas. Tugas. Ulang kaji. Pembentangan. Segalanya kelihatan sempurna di luar. Tapi dalam hati… hampa. Ada ruang besar yang tak tahu nak diisi dengan apa. Aku tengok orang sekeliling jatuh cinta.  Bercinta, berpisah, menangis, kemudian jatuh cinta semula. ...

Aku Rasa Kosong

  Kebelakangan ini… aku sedar satu perkara yang aku tak berani nak akui sebelum ini. Aku rasa… aku tak betul-betul terhubung dengan sesiapa pun. Aku ada kawan. Aku berbual, gelak, jawab mesej. Aku dengar masalah orang, beri nasihat, dan senyum bila perlu. Aku buat semua itu seolah-olah aku kisah. Seolah-olah aku peduli. Tapi dalam hati… aku tak rasa apa-apa pun. Bukan sebab aku benci mereka. Bukan juga sebab aku nak jadi jahat atau tak berperasaan. Tapi ada satu dinding tebal antara aku dan dunia. Aku tengok orang dengan mata, tapi hati aku tak ikut sama. Aku boleh berlakon simpati, pura-pura ambil berat… tapi semuanya kosong. Kadang-kadang aku tanya diri, kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku tak mampu benar-benar rasa? Adakah aku dah terlalu penat? Atau aku dah terlalu lama menahan diri sampai hati aku beku? Aku cuba juga rapatkan diri. Cuba buka ruang untuk rasa. Tapi tetap… tiada apa yang sampai. Yang tinggal cuma senyuman palsu, anggukan sopan, dan mata yang berpura-...

Chihiro— Billie Eilish

  Ulasan Peribadi Lagu “Chihiro” oleh Billie Eilish Lagu “Chihiro” menyentuh saya dengan cara yang sukar dijelaskan. Inilah cara saya faham lagu ini dimana ia bukan sekadar melodi yang indah, tetapi sebuah gambaran perasaan yang saya sendiri pernah alami. Lagu ini bagi saya menceritakan tentang pulang, tapi bukan pulang yang menggembirakan. Sebaliknya, ia tentang pulang ke tempat yang sepatutnya membawa ketenangan, tapi cuma meninggalkan rasa kosong. Bila Billie menyampaikan perasaan “tidak gembira tapi juga tidak sedih”, saya rasa itu sangat dekat dengan jiwa saya. Ia seperti perasaan kebas emosi yang tak tahu arah. Rumah yang disebut dalam lagu ini bukan lagi tempat perlindungan, tetapi hanya ruang yang dipenuhi tubuh-tubuh yang berjalan tanpa jiwa. Semua orang nampak hidup, nampak beremosi, tapi pada hakikatnya hati mereka keras, dingin, dan jauh. Bagi saya, Chihiro bukan sekadar lagu tapi ia cerminan realiti yang saya sendiri cuba hadam. Ia membuka luka yang saya simpan l...

Dadah Halalku: Matcha

  Matcha tu… ibarat dadah bagi aku. Tak kira berapa mahal pun, aku tetap beli. Tetap cari. Tetap rasa tak lengkap kalau tak dapat hirup walau secawan. Ada sesuatu tentang matcha yang buat aku rasa… tenang. Macam dunia yang serabut tiba-tiba jadi perlahan. Aku tahu orang lain cari ketenangan dalam muzik, dalam tidur, dalam tangisan. Tapi aku? Aku cari dalam secawan matcha. Warna hijaunya yang mendamaikan, rasa pahit-lembutnya yang unik, dan bau wangi halus yang entah kenapa, macam peluk hati aku diam-diam. Aku pernah cuba berhenti sebab harganya tak masuk akal kadang-kadang. Tapi setiap kali aku stres, cemas, atau sekadar kosong… matcha tu macam suara kecil yang panggil aku. “Ayuh, kita tenang sama-sama.” Dan ya, aku tahu ia bukan keperluan hidup. Tapi kadang-kadang, dalam dunia yang memaksa aku untuk jadi kuat setiap hari, matcha ialah satu-satunya benda kecil yang buat aku rasa aku masih ada ruang untuk bernafas. Mahal? Memang. Tapi rasa tenang yang datang dengan setiap t...

Mahu Ulangi Remaja

  Kadang-kadang aku rindu sangat nak jadi remaja semula. Zaman tu, hidup terasa lebih ringan. Tanggungjawab belum menghimpit dada. Masa terasa panjang, dan dunia seolah-olah tak tergesa-gesa. Aku boleh habiskan berjam-jam hanya untuk tengok filem, marathon anime, dan tenggelam dalam dunia buku tanpa rasa bersalah. Tiada jadual yang ketat, tiada beban kerja, tiada tekanan hidup yang menyesakkan. Aku rindukan hari-hari di mana satu-satunya masalah aku cuma keputusan ujian atau watak fiktif yang mati dalam novel. Aku rindu waktu aku boleh berangan sepuas hati, tanpa realiti yang menghentak terlalu kuat. Aku rindu jadi remaja yang fikir masa depan itu jauh, terlalu jauh untuk dirisaukan. Tapi sekarang, semuanya berubah. Dewasa datang tanpa aku sedar. Tiba-tiba hidup jadi serius. Penuh dengan tanggungjawab, tekanan, dan penat yang tak habis-habis. Hari-hari berlalu macam bayang, cepat dan kelam. Aku masih sayangkan buku, masih suka anime, masih ingin menonton filem seperti dulu… t...

Cuma Pilihan Kedua

 Bila Aku Cuma Pilihan Kedua Kadang-kadang aku pandang cermin dan aku rasa… aku cukup lawa. Aku tahu aku bukan sempurna, tapi aku selesa dengan diri aku. Aku suka cara aku senyum, cara aku bergaya, dan kadang-kadang aku rasa yakin dengan apa yang aku ada. Tapi entah kenapa, setiap kali aku fikir aku cukup… aku tetap rasa macam tak pernah cukup untuk sesiapa. Lelaki datang dan pergi. Mula-mula mereka kagum dengan idea aku, cara aku bercakap, cara aku fikir. Mereka selalu kata aku “menarik”, “lain daripada yang lain”. Tapi entah kenapa, akhirnya mereka semua berlalu juga. Mereka suka sebahagian daripada aku, tapi tak pernah benar-benar mahu keseluruhan aku. Dan yang paling menyakitkan… aku selalu jadi pilihan kedua. Bukan yang pertama dipilih, tapi yang dicari bila semuanya tak menjadi dengan orang lain. Macam aku ni cuma ‘option’ bila tiada sesiapa. Bila mereka bosan. Bila mereka rasa sunyi. Ia buat aku terfikir, apa yang kurang dengan aku sebenarnya? Aku mula persoalkan rupa aku. A...