Seorang Bongsu
“Anak bongsu memang manja, sentiasa memerlukan perhatian” Itulah yang sering dikata oleh setiap keluarga terhadap anak bongsu. Mungkin untuk keluarga lain, anak bongsu dijaga rapi dan disayangi sepenuhnnya, tapi bukan untuk keluarga saya. Saya anak bongsu dari enam adik-beradik. Macam seronok bukan sebab ada kakak dan abang yang ramai? Tapi bukan bagi saya. Abang saya yang kelima pun beza 7 tahun dengan saya, macam mana saya boleh bergaul dengan mereka? Dari kecil, saya main sorang-sorang sahaja sebab adik-beradik saya ada yang telah menetap di universiti dan asrama. Ibu bapa saya pula sangat sibuk dengan kerja. Jadi, saya sentiasa tinggal di rumah berseorangan, hanya ada diri sendiri untuk hiburan. Ibu bapa saya pula hantar saya ke SJKC, memang ibu bapa saya sukar untuk tolong saya dalam membuat kerja sekolah sebab latihan dan buku semuanya dalam bahasa cina. Adik beradik yang lain pula semua dihantar di SK sahaja. Memang tiada pilihan, saya harus belajar kesemuanya sendiri...